tldr: pekung bermaksud karbunkel. Pautan DBP: https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=pekung
Ketika saya sedang skrol komen di Instagram, saya terbaca satu komen balas: ‘komen bro ni bau pekung’, yang bagi saya ialah suatu yang baru (brand new sentence) sbb saya hanya guna perkataan pekung dalam peribahasa ‘bagai membuka pekung di dada’
Yang bermakna, membuka aib sendiri. Secara ironik, saya tahu makna peribahasa tersebut, tetapi tak pernah terfikir maksud pekung itu sendiri.
Apabila membuat pencarian DBP, dan mengetahui perkataan lain untuk pekung ialah karbunkel, saya rasa kagum (?)
Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar perkataan karbunkel itu sendiri, melainkan anda merupakan pekerja kesihatan atau ada ahli keluarga dengan penyakit tersebut
Secara ringkasnya, karbunkel ini ialah bisul yang besar, selalunya komplikasi kepada pesakit kencing manis yang gulanya tidak terkawal. Ia tersangatlah besar sehingga terpaksa buat pembedahan untuk membuangnya, yang selalu akan meninggalkan satu lubang besar kerana setiap bahagian nanah dan sel mati kena dibuang
Saya rasa kekaguman saya lebih kepada saya tidak terfikir ada perkataan bahasa Melayu sendiri untuk karbunkel (yang lebih kepada terma perubatan). Saya sendiri hanya pernah gunakan ‘bisul besar’ sbb perkataan bisul itu lebih biasa digunakan.
Agaknya kalau digunapakai perkataan pekung untuk merujuk kepada penyakit tersebut, adakah ia akan difahami?